2009年3月8日 星期日

Aktiviti Kemasyarakatan

Kembara PROSTAR Kebangsaan 2004
PENDAHULUAN

Semenjak HIV/AIDS mula dikesan di Malaysia pada tahun 1986 dan sehingga Disember 2003 terdapat hamper 60,000 kes HIV telah dilaporkan. Jumlah ini meningkat setiap tahun. Statistik ini juga menunjukkan hampir 80% daripada mereka yang dijangkiti penyakit tersebut adalah terdiri daripada mereka yang berumur di antara 13 - 39 tahun.
Memandangkan kepentingan golongan ini sebagai ‘aset’ Negara, maka Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan satu program pencegahan dan pendidikan kesihatan HIV/AIDS untuk remaja. PROSTAR atau Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja telah dilancarkan pada thun 1996 sebagai usaha murni secara berterusan untuk mengatasi dan seterusnya menangani gejala social di kalangan remaja.
Program Kembara PROSTAR Kebangsaan adalah satu program anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kelab PROSTAR Malaysia. Kembara PROSTAR merupakan pergerakan simbolik kereta berkonvoi secara serentak menuju ke seluruh Semenanjung Malaysia menggunakan pendekatan remaja bagi mempromosikan PROSTAR, mendidik remaja mengenai pencegahan HIV/AIDS serta menggalakkan amalan cara hidup sihat bagi menghindari ancaman HIV/AIDS

OBJEKTIF UMUM KEMBARA PROSTAR
Mendidik remaja khususnya dan orang awam umumnya mengenai HIV/AIDS
Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat berlandaskan nilai-nilai murni serta berusaha mempengaruhi remaja lain ke arah pengamalam cara hidup sihat dan bermoral
Mengumpul dana HIV untuk membantu kanak-kanak yang dijangkiti HIV dan kanak-kanak yatim akibat HIV (dikendali oleh Kelab PROSTAR Malaysia)
Mempromosi PROSTAR dengan mengalakkan remaja menyertai PROSTAR
PENDEKATAN
Mesra Remaja, “PROSTAR Mendekati Remaja” untuk mempromosi PROSTAR dan menyebarkan maklumat mengenai HIV/AIDS.
PENYERTAAN
Penyertaan akan melibatkan ahli PROSTAR di seluruh negera dan penyelaras PROSTAR daerah. Seramai 114 orang perserta telah mengambil bahagian dan berkonvoi menggunakan 29 kenderaan dan 4 motosikal.Selain dari itu terdapat agensi luar yang terlibat dalam kembara tersebut antaranya ialah Jabatan Bomba & Penyelamat, Pasukan Paramedik Hospital Kuala Lumpur, Harian Metro dan TV3. Polis DiRaja Malaysia juga turut serta dalam konvoi ini untuk memberi laluan kepada konvoi dan mengawal trafik.

AKTIVITI KEMBARA PROSTAR
Aktiviti Majlis Pelancaran dan Konvoi
Kembara PROSTAR peringkat kebangsaan telah dilancarkan pada 12 September 2004 di Stadium National (Komplek Sukan Negara, Bukit Jalil) oleh YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Manakala YB Menteri Besar atau Exco negeri (wakil Menteri Besar) melepaskan konvoi di peringkat negeri.
Pelancaran ini adalah sebagai satu simbol komitmen dan kepimpinan pemimpin kepada remaja dalam membenteras gejala sosial termasuk HIV/AIDS. Sembilan buah negeri telah terlibat dalam menjayakan Kembara PROSTAR ini iaitu Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

沒有留言:

張貼留言